Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Hari Sarawak 2026 Sampaikan Jemputan Rasmi Kepada TYT Sarawak
KUCHING: Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Hari Sarawak 2026 yang diketuai oleh Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab, Dato Sri Lee Kim Shin, mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, di Astana Negeri Sarawak pada Isnin.
Kunjungan tersebut bertujuan menyampaikan jemputan rasmi kepada Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi, untuk menghadiri acara-acara utama sempena Sambutan Perayaan Hari Sarawak 2026 yang akan berlangsung di Bahagian Sibu dari 20 hingga 22 Julai ini.
Antara acara yang dijadualkan untuk dihadiri oleh Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah ialah Majlis Kesyukuran pada 21 Julai di Masjid An-Nur, diikuti Unity Walk, Pameran Hari Sarawak, Perhimpunan Hari Sarawak dan Konsert Rakyat pada 22 Julai di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang.
Hadir sama mengiringi Dato Sri Lee ialah Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh,Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr. Penguang Manggil, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)) Datuk Abdullah Saidol dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr. Juanda Jaya
Turut serta ialah Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) Dato Georgina Apphia Ngau, Residen Bahagian Sibu Superi Awang Said, Ustaz Haji Wan Shaifuddin bin Haji Wan Madihi, Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak (UPPANS) Datu Hamdan Sharbini, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Wan Shaifuddin Wan Madihi dan Timbalan Pengarah UKAS Mohamed Faizal Shah Ali. - EDISI UKAS