KAPIT: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak secara rasminya membuka Pejabat Bahagian Kapit sebagai usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan berkaitan pemeliharaan sumber asli dan perlindungan alam sekitar di bahagian tersebut.
Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak, Datu Jack Liam telah menyempurnakan mjlis perasmian pejabat itu yang terletak di Jalan Bleteh pada Khamis.
Pembukaan pejabat baharu itu merupakan satu inisiatif penting bagi memperkukuh peranan NREB di Bahagian Kapit, khususnya dalam aspek pemeliharaan sumber asli, perlindungan alam sekitar serta penguatkuasaan peraturan berkaitan alam sekitar.
Selain meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat, kewujudan pejabat tersebut juga dijangka memperkukuh usaha pemantauan dan pengurusan alam sekitar secara lebih berkesan selaras dengan agenda pembangunan mampan Sarawak.
Turut hadir ialah delegasi daripada Ibu Pejabat NREB Sarawak yang mengiringi Datu Jack ke Kapit sebagai tanda sokongan terhadap pengoperasian pejabat bahagian tersebut.-EDISI UKAS