Jalinan Mesra PBB DUN Saribas Erat Hubungan Kepimpinan Bersama Rakyat
DEBAK: Program Jalinan Mesra Pemimpin Bersama Rakyat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan antara kepimpinan parti dengan masyarakat setempat menerusi pendekatan yang lebih dekat dan inklusif.
Majlis penangguhan program yang berlangsung di Dewan Perpaduan Debak pada Sabtu itu disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Timbalan Yang Dipertua Parti PBB Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Program tersebut menghimpunkan kepimpinan parti bersama rakyat di kawasan DUN Saribas bagi mengeratkan silaturahim, selain memberi ruang kepada masyarakat untuk berinteraksi secara langsung dengan pemimpin mengenai pelbagai isu dan perkembangan semasa.
Penganjuran program itu mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan dalam mendekati rakyat serta memperkukuh semangat kebersamaan dan kerjasama demi memastikan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat dapat terus dilaksanakan dengan berkesan.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Datuk Mohamad Razi Sitam, Ahli Parlimen Betong Dato Dr. Richard Rapu, ADUN Kabong Dato Mohd Chee Kadir serta ADUN Beting Maro Razaili Gapor.-EDISI UKAS