![]() |
AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
| Close | ||
SIBU: Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini meluangkan masa mengadakan lawatan rasmi ke Kompleks Kebajikan Juma'ani Tuanku Haji Bujang (KKJTHB) Sibu bagi menyantuni anak-anak di bawah jagaan kompleks berkenaan sempena sambutan Hari Sarawak 2026.
Ketibaan beliau pada jam 2 petang disambut oleh Ahli Lembaga Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) merangkap Pengerusi Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang Sibu, Dato Mohamad Yusnar Matalie.
Majlis sambutan dimeriahkan dengan persembahan silat, persembahan tarian selamat datang serta sesi bergambar kenangan.
Program rasmi kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa oleh Muhammad Luqman Haqid dan tayangan video khas mengenai latar belakang PERYATIM Sarawak serta pengurusan Kompleks Kebajikan Juma’ani.
Dalam lawatan tersebut, Toh Puan Fauziah turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak penghuni kompleks, selain menyertai demonstrasi memasak bubur pedas bersama mereka.
Beliau turut menyempurnakan acara memotong kek sempena sambutan Hari Sarawak dan meraikan hari lahir anak-anak penghuni yang lahir pada bulan Julai.
Acara diserikan dengan persembahan tarian dan persembahan muzik daripada kumpulan Live Band J14 serta Kumpulan Tarian J14 sebelum diakhiri dengan majlis jamuan minum petang.
Sementara itu, Dato Mohamad Yusnar dalam ucapan alu-aluannya mewakili seluruh warga kompleks merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Toh Puan Fauziah serta rombongan melapangkan masa melawat kompleks berkenaan.
"Anak-anak di sini amat teruja dan gembira menerima kunjungan Yang Amat Berbahagia Toh Puan, lebih-lebih lagi sempena sambutan Hari Sarawak yang cukup bermakna buat kita semua," katanya.
Beliau menegaskan bahawa berteraskan prinsip kepimpinan PERYATIM Sarawak, kompleks tersebut bukan ditubuhkan sebagai tempat untuk menagih simpati, sebaliknya berfungsi sebagai wadah bagi membentuk modal insan berkualiti dan melahirkan generasi yang mampu berbakti kepada masyarakat.
Menurutnya, kompleks yang mula beroperasi pada tahun 2014 di bawah PERYATIM dan dinamakan secara rasmi sebagai KKJTHB Sibu pada tahun 2021 itu kini menempatkan seramai 62 orang anak dengan sokongan 21 orang kakitangan.
PERYATIM secara keseluruhannya mempunyai empat buah kompleks kebajikan iaitu di Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu. - EDISI UKAS