220 Belia DUN Tasik Biru Terima Baucar Petrol RM100 Sempena Hari Sarawak
BAU: Seramai 220 belia pemegang Lesen Memandu Kelas B2 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru menerima baucar isian petrol Shell bernilai RM100 menerusi Program Baucar Petrol Belia 722.
Baucar tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep, dalam satu majlis yang diadakan di sini pada Rabu.
Program yang merupakan inisiatif beliau itu bertujuan meringankan beban kos sara hidup golongan belia, di samping memudahkan urusan mobiliti harian mereka.
Turut hadir ialah wakil Pegawai Daerah Bau Saffika Kueh, Temenggong Masyarakat Bidayuh Bahagian Kuching Atok Derop serta Pemanca Masyarakat Bidayuh Daerah Bau Robert Tom Juin.-EDISI UKAS