TYT Sarawak Kurniakan Darjah Kebesaran Negeri Kepada 151 Penerima
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri kepada 151 penerima dalam satu Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak, di Dewan Besar Astana Sarawak, di sini pada Khamis.
Mengiringi beliau semasa istiadat berkenaan ialah Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.
Pengurniaan darjah dimulakan dengan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) yang disampaikan kepada 10 penerima iaitu Mohamad Ihsan Haidzir, Ladin Atok, Zul Usup, Ranum Bari, Gs Mohammad Zunica Mohamad Sapi’ee, Pi’ee Alwi, Lena Masaat, Khamisah Bohari, Margaret Abat dan Jackline August.
Sementara itu, pengurniaan Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B ) pula menyaksikan seramai 20 penerima, terdiri daripada Asri Om, Awang Abdul Faridz Awang Yusop, Lau Sie Hung, Mahathir Jokeni, Mohd Shariffini Mohd Yusuf, Maclin Dayod, Romzi Hanikal, Ir Ts Br Gs Pmr Sia Kie Ding, Sufian Salleh, Tsong Chow Choon, Asmalini Che Abu Shafie, Eveleen Augustine Lai, Lenny Yusrina Bujang Khedif, Mardiana Sidi, Ngatijam Misau, Rosliana Rusli, Salmi Lilek, Sati George, Suriani Julaihi dan Zubaidah Bohari.
Bagi Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (A.B.S) pula, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi berkenan mengurniakannya kepada 12 penerima iaitu Ir Lucas Takip, Bungan Gandel, Chiew Chie Ling, Christopher Wong Ling Chi, Daeloniel Mcdelon Bong@Muhammad Asyraf Abdullah, Hussein@Bujang Putit, Jinang Resos, Lee Tian Song, Kenny Kueh Boon Kiat, Dr Jovita Elderson Ripen, Cynthia Bangan dan Lee Swee Hiong.
Beralih kepada Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K), seramai 21 penerima yang terdiri daripada Abang Ronee Abang Sa’adili, Ahmad Rabbani Mohamad Taufek, Azmi Ghazali, Anthony Phang Wang Hui, Bidari Alek, Bong Fook Kin, Denish Ansam, Chin Thok, Edmund Slaman Tuna, Jong Pui Sen, Jerome Yong Chung Fui, Jaya Abang, Kaderi Awang Lihi, Muhammad Amin Abdullah, Matias Matios, Sahari Morshidi, Anedia Kahar, Bunie Japah, Dara@Dora Tigan, Fazidah Hulaimi dan Kartini Dollah.
Untuk Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) pula, seramai 45 penerima iaitu Awangku Ifni Awangku Bagong, Awg Sakawi Awg Mostapa, Barnabas Gourte Meren, Bahtiar Jibat, Clifton Ricky, Charlton Chundi Lawat, Danny Raymond Awang, Edwin Mat, Edwin Panggau, Etoes Lutau, Fadillah Hamdani, Haazizkin Jumat, Ho Bee Go, Joblee Abang, Lim Hui Ping, Mark Ambun Belulok, Rasili Takip, Sabrey Jamie, Zapar Sepawi, Zaini Taip, Azizah Mohamad Kifli, Azariayanie Latip, Alinda Mohing, Ahtien Ijon, Catherine Jubang, Christina Peter Pateh Ubang, Connie Yamit, Dayang Abra Abang Brahim, Dina Labung, Dorothy Samban Pengarah, Eliana Maciel Gabriel@Nur Eliana Abdullah, Hamriah Jubang, Jamayah Awi, Juliana Marconi Baie@Abdullah, Kayah Karim, Khadijah Khaider, Mariam Awang Gibi, Murhalizah Mohammad, Norima Samidin, Noor Asmah Bujang@Mejela Iren, Noria Hubert, Patricia Genta Ibas, Poziah Mid Rosmah Suigem dan Sofia Edmund Innu.
Darjah terakhir yang dikurniakan ialah Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) kepada 43 penerima iaitu Awang Taib Abdul Kashim, Anyi Jok Ajang, Engan Lusat, Engkiau Garing, Hambri Bohari, Hamdi Adai, Hassanal Daut, Iskandar Mohamad Ali, Jaidi Besni, Jollkepli Ramli, Junaidi Ahmad, Jamalludin Jair, Jupri Osman, Jerry Tabor, Johnny Edward Amin, Jemat Saga, Julius Ceazer Jimbai, Kalana Jemat, Khalid Abdul Hadi, Ladi Jaludin, Mahmud Puasa, Mait Bukut, Maripis Buda, Mas Dzulkarnaen Abdul Karim, Mohamad Faizul Hodi, Mohammad Karim Hassan, Mohammad Putit Kijo, Mokhsen Sulai, Montel Hitam, Morsidi Man, Muhaini Sait, Muhamad Nazarie Abdullah@John, Noor Hazalan Mohamad Poasa, Rarry Niat, Rosli Basar, Dorothy Minang, Grace Laga, Halimah Hanipah, Halimah Pauzi, Hamidah Tahir, Kirop Gak, Mesiah Bol dan Norhayati Kram.
Turut hadir semasa Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak itu ialah Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Felicia Tan Ya Hua. -EDISI UKAS