KUCHING: Program Harmony Walk 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 15 Ogos ini di Kuching Waterfront ditangguhkan susulan keadaan jerebu dan kualiti udara semasa di Kuching.
Islamic Information Centre – Majlis Islam Sarawak (IIC-MIS) bersama rakan-rakan strategik memaklumkan keputusan itu dibuat dengan mengambil kira aspek kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan peserta, urus setia serta sukarelawan.
Menurut IIC-MIS dalam satu kenyataan media, program tersebut ditangguhkan sehingga satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.
Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan melalui saluran komunikasi rasmi penganjur.-EDISI UKAS