SUKMA XXII: Pauline Ului Hadiah Gangsa Lempar Cakera Buat Sarawak
SELANGOR: Atlet olahraga Sarawak, Pauline Ului menghadiahkan pingat gangsa buat Bumi Kenyalang menerusi acara lempar cakera wanita dalam Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 pada Ahad.
Dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Pauline melakukan catatan terbaik 43.24 meter untuk menamatkan saingan di kedudukan ketiga.
Pingat emas menjadi milik wakil tuan rumah, Sasha Alyss yang muncul juara selepas menghasilkan balingan terbaik sejauh 44.93 meter.
Sementara itu, atlet Perlis, Farhana Izur meraih pingat perak dengan catatan 44.29 meter, hanya 0.64 meter di belakang pemenang.
Pencapaian Pauline menyaksikan Sarawak sekali lagi berjaya menaiki podium dalam saingan olahraga pada Ahad, sekali gus menambah koleksi pingat kontinjen Bumi Kenyalang pada temasya kali ini.-EDISI UKAS