KAPIT: Pertandingan nyanyian The Voice Kapit 2026 yang diadakan sempena penganjuran Kapit Agrofest 2026 menceriakan suasana malam di Town Square, Kapit, pada Ahad.
Pertandingan tersebut menjadi antara pengisian menarik festival berkenaan dengan mengetengahkan bakat tempatan dalam seni persembahan, selain membuka ruang kepada masyarakat setempat untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan.
Penglibatan peserta daripada komuniti setempat turut menyerlahkan kepelbagaian bakat dan kreativiti masyarakat Kapit, sekali gus menyemarakkan suasana festival yang menghimpunkan pelbagai pengisian berkaitan pertanian, keusahawanan, kebudayaan dan hiburan.
Penganjuran program itu juga memberi peluang kepada bakat tempatan untuk menonjolkan potensi masing-masing di pentas terbuka, di samping mengeratkan hubungan antara komuniti menerusi aktiviti santai dan berunsurkan hiburan.
Hadir sama, Pengarah Pertanian Sarawak, Dominic Chunggat, Pegawai Daerah Kapit, Thomas Geoffrey Kandawang, Pegawai Pertanian Bahagian Kapit, Wee Poh Leong serta Pemanca Pasang Tuba dan Pemanca Wong Kie Ing.-EDISI UKAS