Naik Taraf Jalan PMR 2026 Tingkat Keselamatan, Keselesaan Penduduk Baleh
BALEH: Projek Mesra Rakyat (PMR) 2026 yang melibatkan kerja menaik taraf jalan ke Rumah John Katil, Kerangan Ara, Baleh dijangka terus memberi manfaat kepada penduduk setempat, khususnya dari aspek keselamatan dan kelancaran pergerakan.
Timbalan Menteri Digital Malaysia merangkap Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong meninjau tapak projek berkenaan yang telah siap dilaksanakan di sini pada Isnin.
Beliau turut meluangkan masa beramah mesra bersama penduduk setempat dalam usaha memperkukuh hubungan antara wakil rakyat dan komuniti di kawasan berkenaan.
Kemudahan asas seperti jalan yang baik amat penting bagi memudahkan urusan harian penduduk, selain memastikan pergerakan mereka lebih selamat dan selesa.
Projek berkenaan merupakan antara usaha berterusan dalam memperkukuh kemudahan asas serta meningkatkan kesejahteraan komuniti di kawasan pedalaman Baleh.
Turut hadir Timbalan Residen Bahagian Kapit, Robert Liman.-EDISI UKAS