Projek Naik Taraf Jalan Pertanian & Jalan Kampung Bobak Sajong Siap Sepenuhnya
BAU: Projek naik taraf jalan pertanian dan jalan kawasan Kampung Bobak Sajong, Singai sepanjang kira-kira dua kilometer dengan kos RM1.6 juta telah siap sepenuhnya.
Majlis serah tapak siap projek Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) tersebut disaksikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep di Kampung Bobak Sajong, di sini pada Rabu.
Difahamkan, projek berkenaan yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Bau telah bermula pada 20 Oktober 2025 dan siap sepenuhnya pada 19 Jun 2026.
Skop kerja melibatkan pelebaran jalan, penempatan semula utiliti, pembentungan serta pemasangan aksesori jalan bagi meningkatkan kemudahan dan keselamatan pengguna. -EDISI UKAS