TYT Sarawak Kurnia Darjah Kebesaran Negeri Kepada 155 Penerima
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak kepada 155 penerima dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak di Dewan Besar Astana Sarawak, di sini pada Khamis.
Pengurniaan dimulakan dengan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) kepada 14 penerima, termasuk Pegawai Daerah Bukit Mabong, Jabang Juntan dan Pegawai Daerah Sri Aman, Shariff Bujang, Raduan Bujet, Dr Bujang Julaihi, Dr Emmanuel Joseph Fong Tsung dan Hasanal Abdul Wahid.
Turut menerima ialah Tan Chee Kang, Sagu Unting, Ir. Ts. Kueh Li Li, Sharifah Rodziah Sayeed Aman Ghazali, Sanuyah Mohamad, Saripah Aziah Wan Yon, Herlina Ajaib Jamahari dan Siti Suhaila Madji bagi pihak Allahyarham Zamzuri Mahdi.
Bagi Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B ), seramai 23 penerima menerima pengiktirafan berkenaan, antaranya Leftenan Kolonel Denis Kueh Abdullah TUDM, Leftenan Kolonel Muhammad Samzie Gusang, Leftenan Kolonel Majani Japon dan Superintendant Kamis Sulong.
Turut menerima pingat yang sama ialah Dr Lee Beng Yong, Lau Ngie Tung, Awang Manshor Awang Abu Othman, Sapuan Mawi, Gura Langgong, Ibrahim Jack, Ja'afar Hamdan, Gong Domanac, Alexander Wong, Profesor Madya Dr. Tang Howe Eng, Dr. Elena Gregoria Chai Chin Fern, Dr. Noni Harianti Junaidi, Hamsiah Lazim, Kho Ling Hong, Mildred Voon Hian Ya, Ng Lee Tze, Shafiza Jaya, Zalila @ Azalilah Kassim dan Hartini Mahidin.
Sementara itu, Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (A.B.S) dikurniakan kepada 15 penerima iaitu Datin Nancy Kuyor, Dr Christie Augustine Kiek, Carrie Anne John David dan Chai Mian Nyen, Mujallipah Mohd Anis, Lolita Aman, Balean Suji Inggol, Briten Osup, Bong Chan Fui, Fabian Gulu, James Sandak @ Sanak Bidai, John Kuan Voon Fook, Mohamad Azri Johari, Mohd Faizal Jamiludin dan Syed Zyed Wan Asnawi.
Seramai 21 penerima pula menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K), termasuk Dr Mohamad Idres Rosli, Awangku Nassir Awangku Kerta, Affri Tonny, Anthony Amin dan Cody Ma Yuong Jie, Elly Siminai, Fakrul Hamzah, Gasan Mgpera, Gerard Augustine Kiek, Ideris Tari, James Girin Juwi, Juren Sijun, Nangai Langoi, Tan Yee, Yong King Hwa, Yong Ing Hui, Angela Jinget, Erni Nojeng, Kong Chiew Inn, Mariam Awi dan Wong Bee Ing.
Bagi Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T), seramai 39 penerima menerima pengiktirafan itu, antaranya Abdullah Bojeng, Awang Zaini Awang Saed, Dennise Lo Thian Sin, Esa Junny, Ismawi Ibrahim dan Mohammed Feruz Abdul Khalik, Mohammad Azman Nazir Serial, Ng Chip Kiang, Nyambar Ginda, Omar Mat, dan Pauji Sahari.
Ricky Jameson Jali, Tonny Nyamin, Sa’adi bin Sapiie, Sanda Maja, Wilson Jarry Sumbu, Zulkarnain Dadu, Alina Mohamad Ali, Belinda Jame Mising, Edah Kassim, Doris Francis Harris, Dayang Fatimah Awang Jaie, Florence Sebastian Unting, Indraliye Affendi, Juana Sindi, Janet Menti Benjamin Bakar, Martha Bilong, Mulyani Nong Che’, Mariani Sebawi, Nur Aznieza Faddellah, Normah Kosem, Rosimah Mohamed, Rosemaria Jeron, Rosy Sueng, Rozeyani Ismuni, Rusmalina Mat Darus, Ting Siew, Winea Johin dan Zainon Rahim turut menerima pingat sama.
Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) pula dikurniakan kepada 43 penerima, antaranya Dr Awang Habiburllah Awang Ismail, Dr Ishak Johari, Abdul Rahman Mohammad, Ahmad Zaiwin Mohd Kassim dan Awangku Mohamad Azmi Awangku Jeman, Aloi Ali, Arjaman Samat, Ahmad Baseng, Anis Aieng, Ali Monggam Lagak, Anthony Wen, Britt Martin Gana, Bong Leong Fu, Dicky Zulkainain Dahri, Emang Ringkai, Foo Siang Perng, Goh Chen Yien @ Check Yien dan Henry Juntan.
Turut sama menerima B.B.S ialah Joseph Lu Boo Chiong, Kong Shaw Swee, Mohamad Kamarul Zaman bin Latep, Martin Munan, Martin Bilun, Mohd Danial, Micheal Belarek, Raju Ma Mohamed Akbar, Richard Yu Yuong Hui, Sain Silan, Sahran Jara'ee, Sii Tuang Sing, Yusop Yaacub, Zulkifli Ayup, Zohaperi Bayan, Sitam Amin, Chiew Soon Fung, Emmie Surianie Ekit, Freda Nyaun, Julianne Philip Attan, Kamariah Ismail, Misniah binti Mail, Roseline Chiew Siat Yin, Serifah Norhayati Wan Hamid dan Zuraini Awang Basar.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi diiringi Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi pada istiadat berkenaan.
Turut hadir semasa istiadat itu ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta isteri Datin Amar Baduyah Bujang, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) Datuk Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya, serta Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang dan Adat Bumiputera) Datuk Jefferson Jamit Unyat. -EDISI UKAS