32 Pasukan Bakal Berentap Dalam Kejohanan Bola Sepak Piala YB Rodiyah Sapiee
SIMUNJAN: Sebanyak 32 pasukan terdiri daripada 16 pasukan kategori Veteran dan 16 pasukan kategori Senior bakal berentap dalam Kejohanan Bola Sepak Piala YB Rodiyah Sapiee yang dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 27 September 2026 di Stadium Mini Simunjan.
Kejohanan yang menggunakan format kalah mati itu dianjurkan oleh Pusat Khidmat Parlimen Batang Sadong dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Simunjan, Sayap Belia PBB Simunjan serta Pengadil Bahagian Samarahan.
Cabutan undi bagi menentukan laluan dan pasangan perlawanan setiap pasukan telah berlangsung di Dewan Setia Simunjan, pada Sabtu,
Penyertaan 16 pasukan Veteran dan 16 pasukan Senior dijangka menyemarakkan lagi arena bola sepak di Simunjan, selain memberi peluang kepada pemain daripada kedua-dua kategori untuk mempamerkan bakat, kemahiran dan semangat kesukanan masing-masing.
Dengan selesainya proses cabutan undi, kesemua 32 pasukan kini bersedia membuat persiapan akhir sebelum saingan membuka tirai pada 5 September 2026.
Sepak mula kejohanan dijadualkan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee. -EDISI UKAS