Kaunter Khas Bil SESCO Dibuka 2 Hingga 4 September
KUCHING: Kaunter khas bagi urusan pertanyaan dan aduan berkaitan bil elektrik akan dibuka di Wisma SESCO selama tiga hari bermula 2 hingga 4 September 2026.
Kaunter berkenaan akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang bagi memberi kemudahan tambahan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan penjelasan berhubung bil mereka.
Pelanggan yang hadir dinasihatkan membawa bil terkini serta menyediakan nombor akaun bagi memudahkan urusan semakan dan rujukan.
Pembukaan kaunter khas tersebut merupakan kemudahan tambahan kepada pelanggan dan akan beroperasi seiring dengan perkhidmatan kaunter serta saluran khidmat pelanggan sedia ada.
Dalam pada itu, semua saluran khidmat pelanggan Sarawak Energy kekal beroperasi seperti biasa, termasuk ejen maya Carina, aplikasi SEB cares, Talian Khidmat Pelanggan 1300-88-3111, Kaunter Khidmat Pelanggan serta e-mel customercare@sarawakenergy.com.
Langkah tersebut diharap dapat membantu pelanggan mendapatkan maklumat dan penjelasan berkaitan bil dengan lebih mudah dan teratur.-EDISI UKAS