350 Individu Memerlukan Di Simanggang Terima Bantuan Bakul Makanan
SIMANGGANG: Seramai 350 individu dari sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang menerima bantuan bakul makanan daripada Pertubuhan Meninggikan Akhlak (PMA) Chee Chuan Khor Sri Aman.
Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie berkata, bantuan menerusi Majlis Sejambak Kasih 2026 itu memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan, khususnya Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan ibu tunggal.
Menurut beliau, inisiatif tersebut bukan sahaja membantu meringankan beban penerima, malah mencerminkan keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan golongan berkenaan.
"Menerusi pemberian bantuan terbabit, golongan individu ini akan menyedari bahawa masih ada pihak lain yang memberi perhatian serta prihatin terhadap bebanan hidup yang dihadapi oleh mereka sebelum ini.
"Ia juga secara tidak langsung akan memberi dorongan serta semangat dalam kalangan individu terbabit untuk terus menempuh cabaran hidup yang sedang dihadapi oleh pada masa sekarang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis tersebut di Dewan Bangunan PMA Chee Chuan Khor Sri Aman pada Sabtu.
Selain itu, Dato Idris berkata, peranan PMA Chee Chuan Khor dalam melaksanakan kerja kebajikan dan menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan wajar dihargai.
Ujarnya, usaha pertubuhan tersebut yang membantu masyarakat tanpa mengira latar belakang agama dan kaum turut mencerminkan semangat perpaduan serta keprihatinan terhadap komuniti setempat.-EDISI UKAS