Persiapan Konvensyen Khas PBB Zon Utara Diperkemas Sebelum Berlangsung 13 September ini
MIRI: Persiapan Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Zon Utara diperkemas bagi memastikan konvensyen berkenaan berlangsung lancar dan teratur pada 13 September ini.
Timbalan Premier Sarawak merangkap Timbalan Yang Dipertua PBB Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen Khas PBB Zon Utara telah mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk pada Isnin bagi menyelaras persiapan konvensyen tersebut.
Konvensyen yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Miri itu dijangka menghimpunkan kira-kira 3,800 perwakilan PBB dari seluruh Zon Utara Sarawak.
Konvensyen berkenaan akan dirasmikan oleh Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PBB Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Datuk Gerawat Gala, Datuk Dr Ripin Lamat, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Setiausaha Konvensyen zon utara Datuk Awang Bujang Awang Antek dan Setiausaha Eksekutif Parti PBB Datu Takun Sunggah.-EDISI UKAS