Sarawak, ADB Perkukuh Kerjasama Tenaga, Rendah Karbon & Pembiayaan Hijau
MANILA: Sarawak dan Asian Development Bank (ADB) memperkukuh kerjasama dalam bidang tenaga, pembangunan rendah karbon dan pembiayaan hijau menerusi sesi penglibatan teknikal di Ibu Pejabat ADB, di sini, pada Selasa.
Sesi itu berlangsung sejurus selepas
Fireside Chat bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, sempena lawatan kerja rasmi beliau ke ADB.
Delegasi Sarawak terdiri daripada wakil kanan Pejabat Setiausaha Kewangan Sarawak, Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU), Sarawak Climate and Energy Diplomacy Unit (SACED), Sarawak Energy Berhad (SEB), Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Bank Pembangunan Sarawak (DBOS), bersama pakar ADB daripada sektor berkaitan.
Antara agenda yang diteliti termasuk pembangunan tenaga Sarawak, Grid Kuasa ASEAN, Kuching Low Carbon Hub serta kerjasama dalam bidang iklim dan tenaga.
Perbincangan turut memberi perhatian kepada peluang pembiayaan alternatif dan mekanisme pembiayaan hijau bagi menyokong agenda tenaga dan pembangunan rendah karbon Sarawak.-EDISI UKAS