Premier Sarawak Tunai Solat Jumaat Di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
KOTA KINABALU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini pada Jumaat.
Beliau tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 12.15 tengah hari sebelum bersama-sama jemaah menunaikan solat Jumaat.
Kehadiran Premier Sarawak itu turut mencerminkan semangat kebersamaan dan ukhuwah dalam suasana harmoni serta penuh muhibah sepanjang kunjungan rasmi beliau ke Sabah.
Selesai menunaikan solat Jumaat, beliau kemudiannya meneruskan agenda rasmi di Kota Kinabalu.- EDISI UKAS