Ketua Menteri Sabah Tiba di Kuching Sempena Hari Malaysia 2026
KUCHING: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor tiba di Kuching hari ini bagi menghadiri Sambutan Hari Malaysia 2026 yang diadakan di Sarawak, malam ini.
Beliau tiba di Terminal Orang Kenamaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 11.05 pagi.
Ketibaan beliau disambut Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil.
Ketibaan Datuk Seri Panglima Hajiji di Sarawak mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh semangat perpaduan dan kerjasama antara wilayah sempena Sambutan Hari Malaysia 2026.
Sambutan Hari Malaysia 2026 dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dan menghimpunkan pemimpin serta tetamu dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Sambutan berkenaan diadakan bersempena Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun bagi memperingati pembentukan Malaysia.-EDISI UKAS