MWKS Cadang Tubuh Jawatankuasa Khas Tangani Keganasan Rumah Tangga
KUCHING: Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak (MWKS) mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Khas Keganasan Rumah Tangga bagi memperkukuh usaha menangani isu keganasan rumah tangga di Sarawak.
MWKS dalam satu kenyataan media pada Khamis memberitahu, berdasarkan data Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 409 kes keganasan rumah tangga direkodkan di Sarawak bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, manakala Bahagian Kuching mencatat jumlah tertinggi dengan 154 kes, diikuti Sibu 29 kes dan Sri Aman 22 kes.
Pengaruh dadah dikenal pasti sebagai punca utama kes berkenaan dengan 61 peratus, diikuti panas baran sebanyak 22 peratus dan pengaruh alkohol atau mabuk sebanyak empat peratus.
Secara keseluruhan, jumlah kes menunjukkan trend penurunan daripada 767 kes pada 2020 kepada 535 kes pada 2025.
Dalam menangani isu itu, pelbagai program telah dan akan dilaksanakan termasuk Wacana Bestari Isu Keganasan Rumah Tangga, Program Outreach, Kursus Know Your Rights serta siri Pocket Talks selain penyediaan perkhidmatan One Stop Crisis Center (OSCC) di 21 hospital seluruh Sarawak untuk membantu mangsa keganasan rumah tangga dan bentuk penderaan lain.-EDISI UKAS