Datuk Amar Awang Tengah Terima Kunjungan Perpisahan Pesuruhjaya Polis Sarawak
KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan perpisahan Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah, di sini pada Jumaat.
Kunjungan tersebut diadakan menjelang perpindahan Datuk Mohamad Zainal ke Bukit Aman selepas dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu.
Pelantikan itu diumumkan PDRM pada 15 September lalu, dengan Datuk Mohamad Zainal menggantikan Dato Sri Abdul Aziz Abdul Majid yang kini dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.
Beliau sebelum ini menerajui Kontinjen Polis Sarawak mulai 26 September 2025 selepas mengambil alih tugas daripada Dato Mancha Ata yang bersara.
Sepanjang tempoh menerajui Kontinjen Polis Sarawak, beliau turut menjalinkan kerjasama erat dengan Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh aspek keselamatan negeri, termasuk menangani isu jenayah serta meningkatkan kemudahan dan keupayaan kepolisan. -EDISI UKAS