Kuil Sri Maha Mariamman Sibu Terima Peruntukan RM155,000 Dari UNIFOR
SIBU: Kuil Sri Maha Mariamman Sibu di sini menerima peruntukan RM155,000 daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi menaik taraf lantai kuil berkenaan.
Majlis penyerahan peruntukan berkenaan kepada presiden kuil, Manogaran Krishnasamy disempurkankan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee, pada Jumaat.
Menurut Datuk Dr Annuar, ini adalah kali keempat kuil berkenaan menerima peruntukan daripada UNIFOR.
“Peruntukan dari UNIFOR adalah sebanyak RM900,000, manakala projek RM300,000 daripada Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).
“Jadi jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM1.2 juta,” katanya apabila ditemui pemberita. -EDISI UKAS