Pesta Limbang 2026 Angkat Warisan Sukan Air, Erat Hubungan Serantau
LIMBANG: Pesta Limbang 2026 menjadi wadah mengetengahkan warisan sukan air dan budaya tempatan, selain memperkukuh hubungan masyarakat setempat dengan komuniti serantau, khususnya dari Negara Brunei Darussalam.
Majlis Perasmian Pesta Limbang 2026 pada Sabtu disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.
Berlangsung selama dua hari bermula 19 hingga 20 September di Dataran Tebingan Limbang, pesta anjuran Pejabat Residen Bahagian Limbang itu menampilkan Regatta Limbang sebagai antara tarikan utama.
Penganjuran regatta berkenaan bukan sahaja memeriahkan Pesta Limbang 2026, malah menjadi platform untuk memelihara dan mempromosikan warisan sukan air serta budaya tempatan kepada masyarakat.
Pada masa sama, acara itu turut memupuk semangat kesukanan dan perpaduan, di samping membuka ruang interaksi lebih erat antara komuniti setempat dengan komuniti serantau.-EDISI UKAS