Empat Unit AED Diserah Kepada MBM, Perkukuh Kesiapsiagaan Kecemasan
MIRI: Rotary Club of Miri Oiltown (RCMOT) menyerahkan empat unit Automated External Defibrillator (AED) kepada Majlis Bandaraya Miri (MBM) sebagai usaha memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi kecemasan jantung dan keselamatan awam.
Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Datuk Bandar Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang dalam Majlis Makan Malam Instalasi Ke-10 RCMOT bagi sesi 2026/27 bertemakan “Create Lasting Impact” di sebuah hotel di sini, pada Sabtu.
Inisiatif tersebut mencerminkan komitmen RCMOT dalam memperluas usaha khidmat masyarakat menerusi sumbangan yang memberi manfaat kepada komuniti, khususnya dalam aspek kesihatan dan keselamatan awam.
Majlis turut menyaksikan pelantikan Presiden baharu RCMOT, Dr Selvam Shanmugam, bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah bagi sesi 2026/27.
Penghargaan turur diberikan kepada Bekas Presiden Terkini, Dr Pauline Sagau.-EDISI UKAS