Lavinia Terus Cemerlang, Roll-Off Ogos Serlah Prestasi Hebat Pemain Remaja
KUCHING: Atlet tenpin boling remaja Sarawak, Lavinia Kho Jia Jie meneruskan dominasi dalam SSC-ABAS U21 August Roll-Off 2026 dengan muncul juara kategori Perseorangan Perempuan yang berlangsung pada 19 dan 20 September di Megalanes Sarawak, Emart Batu Kawa.
Beliau menamatkan saingan dengan kelebihan 158 jatuhan pin berbanding pemain perempuan di tempat kedua, Nur Fathi Fatihah Mohammad Zakry, selain mencatat kelebihan 95 pin berbanding jumlah keseluruhan tertinggi pemain lelaki, sekali gus menyerlahkan prestasi keseluruhannya yang konsisten sepanjang pertandingan.
Lavinia turut mencatat permainan individu tertinggi kejohanan dengan 266 pin, manakala adiknya, Eldred Kho Yek Zhen, merekodkan permainan tertinggi bagi kategori lelaki dengan 241 pin.
Nur Fathi menduduki tempat kedua dalam kategori Perseorangan Perempuan, diikuti Bridgette Juliette Ian Macnally Majang di tempat ketiga.
Dalam kategori Perseorangan Lelaki, Gerald Ethan Tony muncul juara, manakala Muhammad Isyraq Iqbal Ramadhan di tempat kedua dan Eldred Kho Yek Zhen di tempat ketiga.
Bagi kategori Bawah 21 Tahun (Perempuan), Lavinia Kho turut muncul juara, diikuti Claudia Kumang Jakson di tempat kedua.
Muhammad Isyraq Iqbal pula muncul juara kategori Bawah 21 Tahun (Lelaki), disusuli Eldred Kho tempat kedua.
Sementara itu, Gerald Ethan pula muncul johan bagi kategori Bawah 16 Tahun (Lelaki), dengan Saiful Iman Shah Abdullah tempat kedua dan Joses Ivan Tony di tempat ketiga.
Bridgette Juliette pula mengungguli kategori Bawah 16 Tahun (Perempuan), yang turut menyaksikan Arwynn Galleina Arthur Ray tempat kedua dan Esther Verra Nilsson Leo di tempat ketiga.
Dalam kategori Bawah 13 Tahun (Lelaki), Muhammad Amzar Ahmad Syukri dinobatkan selaku johan, Tommy Kee Yong Hong di tempat kedua dan Lee Tee Ker tempat ketiga.
Nur Fathi Fatihah turut mencetak nama selaku johan Bawah 13 Tahun (Perempuan), Joyce Lidwina Wilfred Vincent pula di tempat kedua dan Kueh Wan Ting di tempat ketiga.
Alfred Phang Kang Yee pula mendominasi kategori Bawah 11 Tahun (Lelaki), di tempat kedua Edward Choo Jia Jing dan Eldric Hansel Gawan Edward Liding di tempat ketiga.
Isabel Mok Yi Nuo pula memenangi kategori Bawah 11 Tahun (Perempuan), Scarlette Adele Ian Macnally Majang tempat kedua dan Syahieza Damia Syarul Nizam di tempat ketiga.
Program Roll-Off ini terus menjadi platform pertandingan yang konsisten bagi pemain boling remaja Sarawak dengan atlet daripada pelbagai kumpulan umur berpeluang beraksi secara kompetitif sambil mengumpul pengalaman dalam suasana kejohanan yang tersusun.
Penyampaian hadiah turut dihadiri Naib Presiden ABAS, Robert Lu Nam Min, wakil jurulatih SSC dan ABAS, Bong Kihow serta Pegawai Pembangunan Sukan, Esther Samuel. - EDISI UKAS