RM759,000 Peruntukan MRP, UNIFOR Disalur Kepada 35 Penerima Di Sebuyau
SEBUYAU: Sebanyak RM759,000 Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan geran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) disalurkan kepada kepada 35 penerima dalam satu majlis penyampaian di Pejabat Daerah Sebuyau di sini, pada Selasa.
Daripads jumlah itu, RM259,000 disalurkan kepada 33 penerima geran MRP manakala RM500,000 kepada dua penerima geran UNIFOR bagi tahun ini.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi telah menyempurnakan penyampaian geran tersebut.
Beliau berkata, setiap peruntukan yang diterima perlu diuruskan dengan penuh tanggungjawab dan dimanfaatkan sebaiknya bagi meningkatkan kemudahan, kebajikan serta aktiviti kemasyarakatan demi manfaat penduduk di kawasan Sebuyau.
Turut hadir, Pegawai Daerah Sebuyau Ayuradiman Bujang serta Pemanca Masyarakat Melayu Daerah Sebuyau Asli Yahya.-EDISI UKAS