SKS Betong 2026 Dijangka Tarik Lebih 120,000 Pengunjung
BETONG: Program SarawakKu Sayang (SKS) 2026 Bahagian Betong dijangka menarik lebih 120,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya dari 25 hingga 27 September ini.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, sambutan pada hari pertama program itu amat memberangsangkan dengan kehadiran pengunjung yang menggalakkan.
Menurutnya, kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada majlis perasmian pada Sabtu dijangka meningkatkan lagi jumlah pengunjung ke program berkenaan.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Pra Perasmian Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong di Kompleks Sukan Betong, di sini pada Jumaat.
Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Felicia Tan Ya Hua, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee, Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datu Ir. Ts. Awang Mohd Fadillah Awang Redzuan, Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak, Sapiah Daud, Pengarah Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSDU), Datu Grace Huong Siew Hung, Residen Bahagian Betong, Datu Richard Michael Abunawas, Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan serta tetamu lain.
Program SKS 2026 Bahagian Betong turut menghimpunkan 48 agensi kerajaan yang menawarkan sebanyak 158 jenis perkhidmatan kepada orang ramai.
Sepanjang tiga hari penganjurannya, program berkenaan turut mengetengahkan pelbagai aktiviti dan pengisian bagi memberi peluang keypad masyarakat mendapatkan perkhidmatan serta maklumat secara langsung daripada agensi kerajaan. -EDISI UKAS