Keperluan Masyarakat Setempat Perlu Diberi Perhatian Berterusan
TEBEDU: Isu dan keperluan masyarakat di peringkat setempat perlu diberi perhatian secara berterusan bagi memastikan setiap perkara yang dibangkitkan dapat dikenal pasti serta ditangani dengan sewajarnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr. Simon Sinang Bada berkata, kepekaan terhadap perkembangan dan keperluan semasa masyarakat penting dalam usaha memperkukuh kesejahteraan komuniti di kawasan berkenaan.
Menurut beliau, pendekatan berhemah dan sikap saling menghormati juga perlu sentiasa diamalkan ketika mendekati masyarakat, khususnya dalam membantu mereka yang memerlukan.
Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan bersama pemimpin masyarakat setempat di Pusat Khidmat DUN Tebedu pada Sabtu.
Katanya lagi, hubungan yang baik dengan masyarakat membolehkan isu serta keperluan di peringkat setempat dikenal pasti dengan lebih berkesan, sekali gus memudahkan tindakan susulan dilaksanakan.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak supaya terus mengikuti perkembangan semasa di kawasan masing-masing serta memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan komuniti setempat.-EDISI UKAS