Kuching Juara Kejohanan MAKSAK Bola Tampar Sarawak
MUKAH: Pasukan Kuching muncul juara Kejohanan MAKSAK Bola Tampar Peringkat Negeri Sarawak selepas menewaskan Sarikei 3-0 pada perlawanan akhir di Dewan Tertutup Sarawak Sports Corporation (SSC), di sini pada Ahad.
Kuching menguasai aksi final dalam tiga set untuk menamatkan saingan di tempat pertama, manakala Sarikei muncul naib juara.
Mukah A dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula berkongsi tempat ketiga.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menyampaikan hadiah kepada pasukan yang menduduki tempat pertama hingga ketiga pada kejohanan berkenaan.
Kejohanan itu menghimpunkan pasukan yang mewakili bahagian dan agensi masing-masing dalam saingan merebut kejuaraan.
Selain mempertandingkan gelaran terbaik, kejohanan berkenaan turut menjadi medan penglibatan warga perkhidmatan awam dalam aktiviti sukan serta mengeratkan hubungan antara peserta.- EDISI UKAS