BETONG: Kunjungan ke Program Sarawakku Sayang (SKS) Peringkat Bahagian Betong 2026 membawa rezeki tidak disangka buat seorang pengunjung dari Kuching apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah utama sebuah kereta Perodua Bezza 1.3.
Naziah Anuar berkata, kehadirannya ke program berkenaan pada awalnya adalah untuk membantu urusan adiknya yang berpindah tempat kerja di Betong.
Menurutnya, beliau tidak menyangka kunjungan tersebut membawa tuah apabila dipilih sebagai pemenang hadiah utama berkenaan.
Beliau menyifatkan kemenangan itu sebagai rezeki yang tidak dijangka serta pengalaman bermakna sepanjang menghadiri program berkenaan.
Program SKS Betong 2026 yang berlangsung di Kompleks Sukan Betong itu mencatatkan kehadiran seramai 97,255 pengunjung sepanjang penganjuran tiga hari dan melibatkan pelbagai agensi serta masyarakat setempat.
Majlis penangguhan rasmi pada Ahad melabuhkan tirai penganjuran SKS Betong 2026 yang turut menjadi platform mendekatkan rakyat dengan pelbagai inisiatif serta perkhidmatan kerajaan.-EDISI UKAS
Disediakan Oleh: Eisner Nala
Foto: Rais Sanusi & George S. Embie