Datuk Amar Awang Tengah Beri Penghormatan Terakhir Kepada Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah
SELANGOR: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mewakili Kerajaan Sarawak hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali di kediaman keluarga Allahyarhamah di The Mines, Seri Kembangan di sini pada Isnin.
Turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa tokoh politik tanah air.
Dilahirkan pada 12 Julai 1926, Tun Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi tadi.
Difahamkan solat jenazah akan diadakan selepas Asar di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Kuala Lumpur dan jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.-EDISI UKAS