![]() |
AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
| Close | ||
MIRI: Taman Rekreasi di Jalan Hillstone Utama, di sini, kini siap sepenuhnya dan diserahkan oleh kontraktor kepada Majlis Bandaraya Miri (MBM).
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata projek berkenaan merupakan fasa pertama dengan kos kira-kira RM200,000, manakala fasa kedua dirancang untuk diperluaskan ke kawasan lebih tinggi.
“Dalam fasa kedua, kita bercadang untuk menambah kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak dan gimnasium luar,” katanya ketika meninjau projek berkenaan sempena penyerahan siap projek di sini, pada Rabu.
Menurut Dato Sri Lee, sehingga kini sebanyak 51 taman rekreasi berskala besar dan kecil telah disediakan di kawasan DUN Senadin sejak 2020.
Menurutnya, usaha berkenaan akan diteruskan dengan menyediakan lebih banyak taman rekreasi di kawasan perumahan yang mempunyai ruang lapang yang sesuai bagi menggalakkan gaya hidup sihat serta interaksi dalam kalangan penduduk.-EDISI UKAS