MURUM: Mangsa kebakaran di Lepo Badeng Apau Koyan, Sungai Asap menerima bantuan daripada pelbagai pihak bagi meringankan beban keluarga yang terjejas selepas kehilangan tempat kediaman dan harta benda dalam kejadian berkenaan.
Bantuan tersebut disalurkan menerusi kerjasama ‘Sarawak Multimedia Authority’ (SMA), wakil Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum serta Telbina dan Danawa selaku kontraktor SADV Sungai Asap.
Timbalan Pengurus Besar SMA, Ts Dr Suhaila Jeffar bersama wakil Pusat Khidmat Murum, Amith Ului, turut hadir dalam penyampaian bantuan kepada mangsa di Lepo Badeng Apau Koyan, di sini, Rabu.
Sumbangan berkenaan diharap dapat membantu memenuhi keperluan harian mangsa serta meringankan beban keluarga dalam tempoh pemulihan selepas kejadian kebakaran.
Kerjasama pelbagai pihak dalam menyalurkan bantuan turut mencerminkan keprihatinan bersama terhadap kebajikan masyarakat setempat, khususnya keluarga yang berdepan musibah dan memerlukan sokongan.
Usaha berkenaan juga menunjukkan peranan agensi, wakil masyarakat dan pihak swasta dalam membantu komuniti setempat ketika berdepan situasi kecemasan. -EDISI UKAS