Premier Sarawak Terima Kunjungan Hormat Ketua Polis Negara, Kunjungan Perpisahan Pesuruhjaya Polis Sarawak
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara, Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohd Khalid Ismail di Pejabat Premier Sarawak, Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Khamis.
Kunjungan tersebut turut disusuli kunjungan perpisahan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah
Kunjungan perpisahan itu diadakan berikutan pelantikan Datuk Mohamad Zainal sebagai Pengarah Pengurusan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berkuat kuasa 15 September lalu.
Beliau menggantikan Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.
Datuk Mohamad Zainal sebelum ini mula berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak pada September tahun lalu.-EDISI UKAS
Disediakan oleh: Nur Nabilla
Foto: Muhammad Rais Sanusi