Raptai Penuh PPS Mukah Pastikan Kelancaran Majlis Rasmi
MUKAH: Persiapan akhir Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) Bahagian Mukah diperkemas menerusi raptai penuh bagi memastikan perjalanan majlis rasmi berkenaan berlangsung lancar dan mengikut protokol ditetapkan.
Raptai yang berlangsung di Bangunan Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Mukah, di sini, memberi tumpuan kepada penyelarasan atur cara, susunan protokol, pergerakan penerima pingat serta aspek pengurusan majlis.
Majlis penyampaian pingat yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat itu bakal disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, dan turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.
Pelaksanaan raptai penuh berkenaan merupakan sebahagian daripada persiapan jawatankuasa penganjur bagi memastikan setiap aspek pelaksanaan, termasuk pengurusan penerima pingat dan kelancaran protokol, diselaraskan dengan teliti.
Majlis Penyampaian PPS merupakan pengiktirafan terhadap kesetiaan, komitmen dan khidmat bakti penerima sepanjang tempoh perkhidmatan mereka kepada perkhidmatan awam. -EDISI UKAS