Premier Sarawak Sampaikan Pingat Perkhidmatan Setia Kepada 168 Penjawat Awam Di Mukah
MUKAH: Seramai 168 penjawat awam daripada 15 jabatan dan agensi kerajaan menerima Pingat Perkhidmatan Setia sebagai pengiktirafan terhadap kesetiaan, dedikasi serta khidmat bakti mereka dalam perkhidmatan awam.
Pingat berkenaan disampaikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia Bahagian Mukah sempena Program Sarawakku Sayang (SKS) di sini pada Jumaat.
Mendahului senarai penerima ialah 26 kakitangan Pejabat Residen Bahagian Mukah iaitu Zul Usup, Peleadzman Ahip, Mohd Amirul Valentine Laiseh, Saifulbahry Alwie, Hendry Melekan, Johnny Anthony, Sidek Bolhasan, Zaini Yunos, Esa Morsidi, Mohamad Nizam Mahdi, Willver Nyahen, Mohd Daud Saliman, Mohamad Jambri Pit, Ifandi Gidir, Meterang Jemi, Reduan Sopian @ James Assek, Sarbi Seman, Petrone Benedict Sunggoh, Zaraina Sahari, Nur Izawati Jaraie, Sophia Turkey, Mastora Juki, Sophia Tambi, Hamsiah Razak, Siti Safura Hanipah dan Hamidah Jon.
Jabatan Tanah dan Survei Sarawak pula menyaksikan 10 penerima iaitu Rozlan Putit, Nazaruddin Abdul Jabar, Mazlan Hassan, Maxwell Embuar Alban Enggek, Kanaini Talip, Richard Uchang, Mambang Maran, Abdul Malek Mohamad Mansor, Nor Wahi Ibrahim dan Nur Izawandy Jaraie.
Seramai 12 penerima daripada Jabatan Kerja Raya Sarawak ialah Faizol Hassim, Patrick Bawing, Jeffridin Saime, Hairoldnizam Hanapi, Mohamad Terang Wasli, Awang Saor Awang Lai, Jakub Basni, Zuliskandar Bujang, Hanidah Baijuri, Nurullienna Abdullah @ Helen Layang, Jamilah Salim dan Saimah Arbi.
Bagi Jabatan Pertanian Sarawak, lapan penerima ialah Irwan Hafizul Bujang, Mohammad Jamalludin Ago, Mahdihi Masi, Jinggan Nyambong, Su Ahmad Zaidi, Priscilla Sisin, Sharifah Faridah Wan Japar dan Laitek Jeli.
Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak pula menyaksikan 11 penerima iaitu Rollin Jenta Gem, Abu Bakar Tahor, Bisin Pita, Ismail Tahir, Mohiddin Taib, Pihin Kushairi, Ikhsan Reduan, Mohamad Idang, Kharman Reduan, Abdul Rahman Saili dan Nurul Insyirah Abdullah.
Sementara itu, seramai 22 penerima daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak ialah Philip Kubu, Bahtiar Jibat, Syeedin Amit, Ali Dubie, Arman Yusop, Marcos Wilfred Ajan, Eli Dilang, Harun Kasim, Mohamad Hasan, Julkapli Mohamad Din, Bolhan Kep, Roslan Chi Bong, Isa Malim, Awang Madihi Awang Rosli, Malik Tan, Raili Hapnie, Mohamad Nor Jenal, Osborn Wilson Nyandang, Hamzi Maharib, Idzamzamiee Mohamad, Moryadie Sidek dan Derwish Dris.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak dan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak masing-masing diwakili seorang penerima iaitu Michael Ukin dan Aduka Yorosi.
Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak pula mempunyai dua penerima iaitu Lekap Bujang dan Mazlan Julaihi, manakala dua penerima daripada Majlis Daerah Dalat dan Mukah ialah Layang Aseng dan Alex Kong Sien Ping.
Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak menyaksikan lapan penerima iaitu Edward Ambuas, Kasel Jeir, Soffiab Abus, Shaiful Ariffin Rajeli, Danel Empun, Merzuki Biak, Jabni Tambi dan Zuria Binti Bolhi.
Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak pula diwakili dua penerima iaitu Jaafar Seron dan Jais Lias, manakala lima penerima daripada Jabatan Perikanan Laut Sarawak ialah Ahmad Shah Riji, Mohd Ismadi Abg Ismail, Zulhazmi Junaidi, Jakwa Dandan dan Othman Zainuddin.
Seramai 14 penerima daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak ialah Andrew Gudang, Ayup Jenee, Normawati Rahmat, Rosesita Samuel, Hairuni Mulok, Monica Julius Nanta, Rosiah Latif, Siti Zahrah Idris, Farida Joll, Liza Sanun, Mary Lee Jok Lin, Nur Nazae’ Mayer Abdullah, Irene Corina Siyu dan Rajiah Abdul Ghani.
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak mencatatkan jumlah penerima tertinggi dengan 44 orang iaitu Mohammad Shazwan Seun, Mohd Yusri Azhar Abdullah @ Leo Takip, Ahmad Mahmood, Jutim Joem, Johnny Poon Teck Choi, Phoa Eng Boon, Abdul Khalid Bujang, Salleh Japar, Kamil Maknon, Buang Maharup, Jagu Shafiee, Mokhtar Ibrahim, Jaraee Jahari, Naizatulazman Bokhari, Mohd. Ikhwan Mertin Abdullah, Wan Muhaini Wan Mahsen, Anthony Hassim, Edwin Felix Arip, Jullkanaine Bujang, Abdul Malek Wahab, Barawi Bin Utun, Osman Rosli, Anthony Hearry Radio, Mohamad Umar Kupon, Angela Muni Nicholas Untat, Sim Mee Hwa, Boniface Michael Chabo, Norijahan Abang Chi Mbong, Aliza Othman, Florence Albert, Syazana Abdullah @ Rupina Tambi, Halina Abdullah, Hatuyah Perseh, Raemah Abulkassim, Nurfajrina Wang Abdullah, Noorlina Abdullah, Ubi Ahmad, Mimut Khairiyah Kongli, Nur Ain Syafika Tan Abdullah, Sharizan Waini, Serinah Dris, Isah Sahnor, Salmi Amit dan Patresia Vivian Joseph Utal.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Residen Bahagian Mukah, Bujang Rahman Seli serta Ketua-ketua Jabatan. -EDISI UKAS