MIRI: Black Fiesta Street dicadang untuk diteruskan sebagai acara tahunan bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti rekreasi dan pertandingan berasaskan telefon pintar.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, penganjuran program berkenaan wajar diteruskan berikutan penyertaan yang menggalakkan.
“Pertandingan ini hanya memerlukan telefon pintar peribadi untuk menyertai dan ia memberi peluang kepada para peserta bersama-sama kawan mereka bermain dalam pertandingan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Black Fiesta Street 2026 di MYY Mall Lutong, di sini, pada Ahad.
Sehubungan itu, Datuk Sebastian berharap pihak penganjur dapat meneruskan penganjuran program berkenaan pada setiap tahun.
Black Fiesta Street 2026 disertai 16 pasukan yang melibatkan seramai 64 peserta.
Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5,000 bagi menyokong pelaksanaan program tersebut.-EDISI UKAS