35 Daripada 1,350 Penerima Tersenarai Terima Pengurniaan Sarawak
KUCHING: Seramai 35 individu menerima pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sarawak pada istiadat sempena Sambutan Hari Lahir Ke-80 Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang berlangsung di Dewan Istiadat, Astana Negeri Sarawak, di sini, pada Sabtu.
Mereka merupakan sebahagian daripada 1,350 individu yang disenaraikan sebagai penerima pengurniaan negeri bagi tahun 2026.
Pengurniaan itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Senator Dato Sri Awang Bemee Awang Ali Basah mendahului senarai penerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.), bersama tiga penerima lain iaitu Dato Sri Azizah Nawawi, Dato Sri Abdul Wahab Aziz dan Dato Sri Tay Ah Ching @ Tay Chin Kin.
Bagi kategori Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K.), tiga penerima ialah Datuk Dean Wayne Daly, Datuk Idris Buang dan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.
Sementara itu, enam individu disenaraikan sebagai penerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S.), iaitu Dato Dzulkornain Masron, Dato Morshidi Fredrick, Dato Ir. Ts. Dr. Angelia Liew San Chuin, Dato Dominic Chungat, Dato Mual Suaud dan Dato Ts. Dr. Peter Morin Michael Paong.
Sementara itu, seramai 22 individu disenaraikan sebagai penerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S.).
Antara penerimanya ialah Dato Mohamad Zainal Abdullah, Mejar Jeneral Dato Mohd Sobirin Mohd Yusof, Senator Dato Rita Sarimah Patrick Insol, Senator Dato Susan Chemerai Anding, Dato Friday Belik, Dato Azerina Mohd. Arip, Profesor Dato Dr Ahmad Hata Rasit dan Dato Dr Veronica Lugah.
Senarai itu turut merangkumi mendiang Dato Sibat Buyong, yang diwakili Puan Ruth Sibat @ Nur Mithali Abdullah bagi pihak mendiang.
Hadir sama menyaksikan Istiadat Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak berkenaan ialah isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg bersama anakanda Puan Dayang Norjihan, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, barisan Menteri Kabinet Sarawak serta dif-dif kenamaan lain.-Edisi UKAS