Lavinia Teruskan Rentak Kemenangan, Gerald Raih Gelaran Kedua Roll-Off U21
KUCHING: Kemaraan Lavinia Kho Jia Jie terus sukar digugat apabila beliau sekali lagi menjuarai SSC-ABAS U21 September Roll-Off 2026 dalam kategori perseorangan perempuan, sambil kategori perseorangan lelaki milik Gerald Ethan Tony buat kali kedua berturut-turut.
Kejohanan yang berlangsung dari 10 dan 11 Oktober itu menghimpunkan pemain tenpin boling muda Sarawak dalam kategori bawah 11 tahun (U11), bawah 13 tahun (U13), bawah 16 tahun (U16) dan bawah 21 tahun (U21), sekali gus memberi peluang kepada atlet muda menguji kemahiran serta menimba pengalaman berharga dalam pertandingan.
Lavinia menamatkan saingan di hadapan Nur Fathi Fatihah Mohammad Zakry yang menduduki tempat kedua perseorangan perempuan, manakala Claudia Kumang Jakson di tempat ketiga.
Selain mempertahankan gelaran, Lavinia turut mencatatkan permainan individu tertinggi kejohanan dengan jatuhan 288 pin, sekali gus menambah satu lagi pencapaian membanggakan dalam kemenangan terbaharunya itu.
Beliau bersama Claudia turut menduduki kedudukan satu dan dua dalam kategori Perempuan U21.
Dalam acara perseorangan lelaki, Gerald meneruskan prestasi cemerlang selepas menjuarai kategori berkenaan pada Ogos lalu, dengan menamatkan saingan di hadapan Eldred Kho Yek Zhen di tempat kedua dan Muhammad Isyraq Iqbal Ramadhan di tempat ketiga.
Saiful Iman Shah Abdullah pula mencatatkan permainan tertinggi bagi kategori lelaki dengan jatuhan 279 pin, sekali gus menyerlahkan satu lagi prestasi cemerlang sepanjang kejohanan.
Gerald turut menjuarai kategori lelaki U16, sekali gus melengkapkan kemenangan berganda dalam acara utama dan kategori umurnya.
Manakala Chai Yew Hong di tempat kedua dan Saiful Iman Shah Abdullah tempat ketiga.
Eldred dalam pada itu muncul johan kategori Lelaki U21 sambil
Muhammad Isyraq Iqbal di tempat kedua.
Dalam kategori Perempuan U16, Bridgette Juliette Ian Macnally Majang cemerlang muncul johan, disusuli Nur Qaseh Batrisyia Mohammad Nizam tempat kedua dan Arwynn Galleina Arthur Ray tempat ketiga.
Muhammad Amzar Ahmad Syukri pula muncul johan kategori Lelaki U13, sambil Lee Tee Ker dan Melvin Voong Zheng Feng masing-masing tempat kedua dan ketiga.
Nur Fathi Fatihah menambah koleksi kejuaraannya apabila turut memenangi kategori Perempuan U13, sambil Joyce Lidwina Wilfred Vincent tempat kedua dan Kueh Wan Ting ketiga.
Dalam kategori Lelaki U11, Alfred Phang Kang Yee muncul johan, disusuli Jonas Yap Zao Min kedua dan Jared Yap Zao Fung ketiga.
Bagi kategori Perempuan U11, Isabel Mok Yi Nuo dinobatkan johan, sambil Syahieza Damia Syarul Nizam tempat kedua dan Scarlette Adele Ian Macnally Majang ketiga.
Majlis penyampaian hadiah dihadiri Pemangku Ketua Bahagian Pembangunan Sukan, Dedia Sarini Ahmad, Timbalan Presiden ABAS, Shaifulbahri Shukri dan Naib Presiden ABAS, Robert Lu Nam Min.
Kehadiran mereka mencerminkan sokongan berterusan terhadap pembangunan sukan tenpin boling remaja serta usaha menyediakan lebih banyak peluang kepada atlet muda untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan secara tersusun.
Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan atas sumbangan Abang Afiq Yazid Abang Azman, Azril Azrie Azizi Hidi @ Hassan dan Aaron Ngabong yang membantu memastikan kelancaran kejohanan selama dua hari itu.
Dengan berakhirnya September Roll-Off, perhatian kini beralih kepada Interschool Challenge 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 16 hingga 18 Oktober ini.
Kejohanan itu bakal memberi peluang kepada pemain boling sekolah untuk mewakili sekolah masing-masing, bersaing dengan rakan sebaya serta menimba pengalaman dalam pertandingan yang lebih tersusun. - EDISI UKAS