Status Tanah Perkuburan Islam Triso Perlu Dipastikan
KUCHING: Kerajaan Sarawak diminta memberi perhatian terhadap status tanah perkuburan Islam lama dan baharu di Triso yang masih belum diwartakan, meskipun kedua-dua tapak berkenaan berada dalam lingkungan kawasan pengusahaan kuari.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, kepastian status tanah berkenaan penting bagi menjamin keperluan masyarakat setempat serta mengelakkan masalah berkaitan penggunaan tanah pada masa hadapan.
Menurutnya, perkara itu memerlukan penelitian sewajarnya dengan mengambil kira kepentingan komuniti, sensitiviti masyarakat Islam serta pematuhan terhadap proses undang-undang dan tatacara pentadbiran tanah.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan Sarawak 2027 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini pada Jumaat.
Dayang Noorazah berkata, pewartaan kedua-dua tapak perlu diberi perhatian bagi memastikan status dan perancangan penggunaan tanah perkuburan berkenaan dapat diperjelas untuk kepentingan masyarakat setempat.
Kepastian itu juga penting bagi mengelakkan timbulnya kesulitan pada masa hadapan, khususnya berhubung keperluan tanah perkuburan bagi komuniti di Triso. -EDISI UKAS