Kemudahan Tempat Letak Kereta Rumah Rami Apit Dinaik Taraf Menerusi RTP
BALINGIAN: Penduduk Rumah Rami Anak Apit di Jalan Pengkalan Lobang, Sungai Bawan kini menikmati kemudahan tempat letak kereta yang lebih selesa susulan siapnya projek menaik taraf kemudahan berkenaan menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP).
Projek yang dilaksanakan menggunakan peruntukan Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta pada 2025 itu bertujuan meningkatkan kemudahan asas serta keselesaan penduduk rumah panjang berkenaan.
Majlis penyerahan projek siap tersebut disempurnakan oleh Ahli Majlis, Binit Madang yang mewakili Edwin Banta pada Khamis.
Sementara itu, Tuai Rumah Rami Apit mewakili penduduk merakamkan penghargaan kepada Edwin Banta atas peruntukan yang disalurkan bagi merealisasikan projek berkenaan.
Pelaksanaan projek itu bukan sahaja memberikan keselesaan kepada penduduk, malah memudahkan urusan harian mereka, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan infrastruktur asas di kawasan luar bandar.-EDISI UKAS