Sarawak Teruskan Penajaan Pengajian Kepimpinan Wanita Hingga 2030
KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) akan meneruskan kerjasama dengan Asian Women’s Leadership University College (AWLUC) bagi membiayai tiga penerima biasiswa setiap tahun sehingga 2030.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ketika ini seramai tiga penerima biasiswa Yayasan Sarawak sedang mengikuti program Master of Arts in Leadership Development di AWLUC.
“Sehingga kini, tiga penerima biasiswa Yayasan Sarawak sedang mengikuti program Master of Arts in Leadership Development di Asian Women’s Leadership University College (AWLUC) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2027,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Mesyuarat Kedua bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, hari ini.
Menurut beliau, program itu merupakan sebahagian daripada usaha membangunkan bakat kepimpinan wanita serta memperluas peluang mereka untuk menyumbang kepada pembangunan Sarawak.-EDISI UKAS
Disediakan oleh: Grace John Lee
Foto: George Embie