Terkini | DUN Sarawak Dibubarkan Pada 26 Oktober 2026, Beri Laluan Kepada PRN-13
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada Jumaat mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkuat kuasa 26 Oktober 2026 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-13 (PRN-13).
Pembubaran DUN itu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh-tarikh penting PRN-13 kelak.
Mandat DUN Sarawak yang kini mempunyai 82 kerusi akan berakhir pada Februari 2027.
Pada PRN-12 yang berlangsung pada 18 Disember 2021, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dipimpin Datuk Patinggi Abang Zohari memenangi 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.