PPNS Fun Run 2026 Himpun 129 Peserta, Semarak Budaya Hidup Sihat
KOTA SAMARAHAN: Seramai 129 peserta terdiri daripada warga peladang, kakitangan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) dan masyarakat setempat menyertai PPNS Fun Run 2026 dalam usaha membudayakan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan komuniti.
Program yang berlangsung di pekarangan Bangunan PPNS itu mempertandingkan dua kategori jarak, iaitu 2.5 kilometer dan 4.2 kilometer.
Ia bukan sahaja menjadi platform menggalakkan aktiviti kecergasan, malah memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga peladang dan masyarakat setempat.
Aktiviti riadah seperti itu wajar dijadikan sebahagian daripada amalan harian bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.
Penganjuran program berkenaan bukan sekadar memberi tumpuan kepada pertandingan, sebaliknya turut membuka ruang kepada peserta untuk berinteraksi, mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kerjasama.
Dalam acara utama, Zafirul muncul juara PPNS Fun Run 2026 selepas mencatat masa 14 minit, diikuti Rizqin di tempat kedua dengan catatan 15 minit 44 saat, manakala Amirul menduduki tempat ketiga.-EDISI UKAS