RM74,000 Geran MRP Disalurkan Kepada 10 Kelab, Persatuan dan Institusi Pendidikan
BINTANGOR: Sebanyak RM74,000 Geran Khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) disalurkan kepada 10 kelab, persatuan dan institusi pendidikan di Daerah Meradong dalam satu majlis ringkas di sini, pada Khamis.
Penyerahan geran berkenaan adalah bagi menyokong pelaksanaan aktiviti serta memperkukuh pembangunan masyarakat setempat.
Geran tersebut mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong peranan kelab dan persatuan serta memperkasa sektor pendidikan demi pembangunan masyarakat setempat.
Peruntukan berkenaan diharap dapat membantu penerima melaksanakan aktiviti masing-masing, di samping menyokong usaha meningkatkan kesejahteraan komuniti dan kemajuan Daerah Meradong.-EDISI UKAS