232 Pelajar Opar Terima Insentif Pendidikan SABERKAS
LUNDU: Seramai 232 pelajar dari kawasan Opar menerima insentif pendidikan secara ‘one-off’ menerusi Inisiatif Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Opar, di sini pada Sabtu.
Bantuan berkenaan difahamkan adalah untuk membantu menampung kos pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) mengikut dua kategori penerima iaitu melibatkan pelajar peringkat Matrikulasi, Asasi dan Diploma serta pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Bantuan itu juga diharap dapat memberi galakan kepada lebih ramai anak muda di kawasan Opar untuk meneruskan pendidikan tinggi serta meningkatkan kelayakan akademik dan kemahiran bagi memenuhi keperluan tenaga kerja pada masa hadapan.
Turut hadir, Pengerusi SABERKAS Cawangan Opar Billy Sujang, Timbalan Pengerusi SABERKAS Cawangan Opar Muhammad Muaz Abdullah, Pemanca Allen Manium Enggang dan Setiausaha Pusat Khidmat Opar Sebastian Suin Lensi. -EDISI UKAS