20 Unit Rumah Spektra Permata di Pasir Panjang Hampir Siap
KUCHING: Projek pembinaan 20 unit Rumah Spektra Permata (RSP) di Skim Pembesaran Kampung (SPK) Pasir Panjang, Pasir Pandak dan Pasir Salak mencatatkan kemajuan fizikal sebanyak 96.82 peratus setakat 20 September 2026.
Kesemua 20 unit rumah berkenaan telah siap dibina, manakala kerja-kerja infrastruktur melibatkan jalan raya, sistem saliran dan kerja tanah masih dalam pelaksanaan.
Projek bernilai RM6.85 juta itu turut merangkumi penyediaan kemudahan asas termasuk bekalan air serta kerja-kerja mekanikal dan elektrikal.
Perkembangan terkini projek itu dimaklumkan semasa taklimat dan lawatan tapak oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC), Fathi Hambali.-EDISI UKAS