Pertandingan Akademik & Bakat Serlah Potensi Pelajar Sekolah Rendah Cina
SARIKEI: Pertandingan Akademik dan Bakat Sekolah Rendah Cina Sarawak 2026 menjadi platform untuk memberi peluang kepada pelajar menonjolkan kebolehan, bakat serta potensi diri dalam pelbagai bidang.
Penganjuran pertandingan seumpama itu membolehkan pelajar menguji kemampuan, bertukar pengalaman dan mempelajari perkara baharu menerusi penyertaan dalam pertandingan.
Selain mengasah kebolehan, penyertaan dalam aktiviti seumpama itu turut membantu membentuk keberanian serta keyakinan pelajar untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Pelajar juga diingatkan supaya tidak menjadikan kemenangan sebagai satu-satunya ukuran kejayaan, sebaliknya menghargai usaha dan pengalaman yang diperoleh sepanjang pertandingan.
Mereka yang berjaya meraih kemenangan digalakkan terus berusaha mencapai pencapaian lebih baik, manakala pelajar yang belum berjaya perlu menjadikan pengalaman tersebut sebagai dorongan untuk memperbaiki kelemahan.
Perkara itu disampaikan pada Majlis Jamuan Penghargaan Pertandingan Akademik dan Bakat Sekolah Rendah Cina Sarawak 2026 di sebuah restoran, di sini, pada Jumaat. -EDISI UKAS