Geran RM10,000 Disalurkan Kepada Gereja St. James Bintangor
BINTANGOR: Gereja St. James Bintangor menerima geran berjumlah RM10,000 bagi menyokong keperluan serta aktiviti gereja berkenaan.
Penyaluran geran itu diumumkan pada Majlis St. James’ Parish Dinner 2026 anjuran Gereja St. James Bintangor di Kim Hock Lim Restaurant, pada Jumaat
Institusi keagamaan memainkan peranan penting dalam membentuk nilai-nilai murni, memupuk kasih sayang serta memperkukuh keharmonian masyarakat.
Kerjasama dan sikap saling menghormati antara satu sama lain perlu terus dipupuk bagi mengekalkan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di kawasan Meradong.
Selain itu, penganjuran majlis makan malam seumpama itu menjadi platform untuk menghimpunkan jemaat, mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam komuniti.
Majlis berkenaan turut mencerminkan keprihatinan terhadap usaha memperkukuh hubungan dan keharmonian masyarakat setempat. -EDISI UKAS