RM169,000 Peruntukan Bagi Pembinaan Jalan Akses & Perkuburan Baharu Temawai Panjai
SELANGAU: Penduduk sembilan rumah panjang di sekitar Temawai Panjai, Arip Ili bakal menikmati kemudahan kawasan perkuburan baharu yang lebih luas dan mudah diakses menerusi projek bernilai RM169,000 yang telah diserahkan secara rasmi.
Projek berkenaan merangkumi kerja meratakan kawasan perkuburan seluas lebih 2.5 ekar serta pembinaan jalan batu kerikil sepanjang 280 meter bagi memudahkan pergerakan penduduk ke kawasan tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Pendam Temawai Panjai, Denis Atut berkata, pelaksanaan projek itu amat bermakna kepada masyarakat setempat kerana menyediakan kawasan perkuburan yang lebih teratur dan mampu memenuhi keperluan penduduk untuk jangka masa panjang.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta, atas kelulusan peruntukan serta komitmen dalam merealisasikan projek berkenaan.-EDISI UKAS